Tengku Rozilawati atau dikenali sebagai kak wati merupakan usahawan tudung muslimah yang berniaga secara keil-kecilan di rumah sahaja. Mula menjadi ahli PI1M pada 20 September 2015. Beliau baru sahaja mengetahui akan kewujudan aplikasi MyShop iaitu sebuah aplikasi yang dibuat khas bagi membantu usahawan untuk menjual barangan atau produk.
Tengku rozilawati telah mengikuti kelas berkaitan dengan aplikasi MyShop dan telah meletakkan barangan beliau kedalam aplikasi tersebut. Menurut beliau tambahan produk barangan muslimah akan ditambah pada masa akan datang. Beliau amat tertarik dengan aplikasi MyShop ini kerana menurut beliau dapat membantu menambah pendapatan bagi usahawan kecil seperti surirumah.