JERANTUT
Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).
Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :
- Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
- Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
- Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
- Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
- Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
- Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
- Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerantut
KAMPUNG JERANTUT FERI



