IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Kaya dengan khasiat tersendiri, ikan patin Sungai Pahang adalah antara menu masakan yang mempunyai identitinya tersendiri.Apatah lagi jika dimasak dengan resepi tradisi turun-temurun. Sebab itu tidak menghairankan kebanyakan kedai yang menghidangnya senantiasa dipenuhi oleh penggemar ikan ini.