Bagi kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan tentang seorang penduduk kampung yang bernama encik Shahir b Ghani yang juga dikenali sebagai pakcu bagi penduduk kampung. Beliau merupakan seorang kakitangan majlis Daerah Jerantut dan juga usahawan pertanian cili fertigasi yang diusahakan bersama rakan kongsi beliau di Kampung Jing Berlabuh tembeling tengah Jerantut. Pada kali ini pi1M Jerantut Feri memilih beliau bagi mengisi slot kisah kejayaan adalah disebabkan oleh kesungguhan beliau dalam memajukan ekonomi keluarga dan sumbangan khidmat masyarakat kepada kampung Feri.Sebelum menyertai Majlis Daerah Jerantut, encik shahir telah melakukan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual peralatan komputer, membaiki komputer dan juga menjual ice blended, pada masa itu beliau telah dibantu oleh seorang rakan beliau dalam mengusahakan perniagaan tersebut. Encik shahir telah menjadi ahli bagi Pi1M jerantut feri bagi memudahkan beliau untuk mengakses internet untuk mencari maklumat berkenaan kaedah pertanian penanaman cili fertigasi