mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- EN. ZULKIFLI BIN AHMAD HAFIZ

USAHAWAN IKAN SANGKAR

NAMA  : EN. ZULKIFLI BIN AHMAD HAFIZ
UMUR  : 45 TAHUN
TAHUN : 2015

 

LATAR BELAKANG

En. Zulkifli merupakan usahawan ikan sangkar di Daerah Jerantut.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

En. Zulkifli merupakan pengusaha kecil ikan sangkar di Daerah Jerantut. Kebiasaanya, beliau hanya memasarkan di gerai ikan di kampung Jerantut Feri dan hanya melalui kawan-kawan. Sedar, beliau perlu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan ICT beliau datang ke pusat internet Kampung Jerantut Feri, untuk meminta tunjuk ajar dari petugas untuk memasarkan produk beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat internet Kg Jerantut Feri bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat internet Kampung Jerantut Feri, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, En. Zulkifli tetap berkunjung ke Pusat internet Kampung Jerantut Feri bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga selalu datang ke pusat internet untuk mencari maklumat berkenaan ilmu akuakultur untuk kerja kursus beliau.