USAHAWAN KECIL CILI FERTIGASI
NAMA : | EN. SHAHIR BIN GHANI |
UMUR : | 31 TAHUN |
TAHUN : | 2016 |
LATAR BELAKANG
En. Shahir merupakan ushawan kecil penanaman cili fertigasi di Daerah Jerantut.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
En. Shahir merupakan pengusaha kecil cili Fertigasi di Daerah Jerantut. Kebiasaanya, beliau hanya memasarkan cili di kedai- kedai kampung Jerantut Feri dan hanya melalui kawan-kawan. Sedar, beliau perlu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan ICT beliau datang ke pusat internet Kampung Jerantut Feri, untuk meminta tunjuk ajar dari petugas untuk memasarkan produk beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat Internet Kg Jerantut Feri bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Jerantut Feri, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.En. Shahir juga telah mengeluarkan produk sambal power bagi memenuhi permintaan setempat dan kini mula mengiklan di media sosial. Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, En. Shahir tetap berkunjung ke Pusat Internet Kampung Jerantut Feri bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga selalu datang ke pusat Internet untuk mencari maklumat berkenaan cili fertigasi untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.