mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- EN. NAZARUDDIN

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

 

 

NAMA  : EN. AHMAD ZANARUDDIN BIN ABD RAFFAR
 UMUR : 50 TAHUN
TAHUN : 2015

 


LATAR BELAKANG

En. Zanaruddin merupakan usahawan makanan di daerah Jerantut.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Abang din merupakan individu pertama yang mendaftarkan diri sebagai ahli bagi pusat internet  Jerantut Feri. Sepanjang beliau menjadi ahli banyak program dan aktiviti turut melibatkan beliau. Antara aktiviti yang disertai seperti hari bersama Pi, mesyuarat JKKK di Pusat internet, Taklimat Pusat internet, dan berbagai lagi. Pusat internet Feri juga ada ketikanya menggunakan khidmat catering abang din seperti dalam majlis Pre UAT bersama pihak TM dan juga pada Hari Bersama Pi1M Feri. Selain daripada melakukan aktiviti perniagaan, beliau juga merupakan ahli bagi JKKK Jerantut Feri. Beliau juga aktif dalam bidang kemasyarakatan.Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan makanan yang dijual melalui pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi Jerantut Feri bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi jerantut Feri, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, En. Nazaruddin tetap berkunjung ke mini Pi KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi.