Puan Juriah merupakan usahawan sambal hitam Pahang dan juga pemilik kedai makan yang terletak di Jerantut. Puan Juriah telah mengusaha perniagaan berkenaan sejak 3 tahun yang lalu. Puan Juriah merupakan peserta latihan usahawan bawah kelolaan MARA. Puan Juriah juga telah mengembangkan jualan sambal hitam beliau menembusi hingga ke Negara China.
Puan Juriah telah membuka bengkel sambal hitam Pahang beliau di Kg Pulau Tawar dibawah projek khas ECER. Dengan kewujudan Pi1M Puan Juriah akan mendapatkan bantuan dari segi latihan ICT dan tujuan promosi produk. Beliau berharap dengan usahasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia dapat membantu memajukan lagi perniagaan beliau.