mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

GUA KOTA GELANGI JERANTUT

1

Gua Kota Gelanggi yang terletak di Jerantut Pahang, sering dikaitkan dengan pelbagai mitos, termasuk kononnya ia berasal dari sebuah kota yang dibina di kawasan itu sebelum disumpah Sang Kelembai sehingga menjadi batu.

Mengikut cerita lisan, Raja Mambang yang memerintah Lipis, dikatakan meminta bantuan Sang Kelembai memusnahkan Kota Gelanggi selepas anaknya terbunuh dalam pergaduhan dengan anak Raja Usul, pemerintah Bera kerana berebutkan puteri Raja Gelanggi.

Kemarahan Raja Mambang menyebabkannya mendapatkan bantuan Sang Kelembai untuk memusnahkan Kota Gelanggi yang bertukar menjadi batu dalam masa beberapa hari kerana sumpahan.

Namun, lebih penting daripada cerita itu, Kota Gelanggi menyimpan satu rahsia yang belum dapat dirungkai sehingga kini iaitu dipercayai adalah lokasi perkembangan Kesultanan Melayu selepas Kerajaan Melaka runtuh berikutan serangan Portugis.

Ada macam-macam cerita kita dengar. Dahulu ketika Pahang masih lagi dikenali sebagai Inderapura, dikatakan Kesultanan Melayu bermula di sini dan ada yang mengatakan Hang Tuah selalu singgah ke sini untuk mendalami ilmu persilatan ketika dalam perjalanan ke Kelantan.

INFO

  • Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 30 kilometer dari Jerantut dan ia sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semulajadi.
  • Asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.
  • Melihatkan struktur batu batannya, Gua Kota Gelanggi mungkin pernah menjadi perkampungan terutama kedudukannya berhampiran dengan sungai Gelanggi yang dipercayai menjadi jalan perhubungan masa lampau.
  • Dalam Gua Kota Gelanggi terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.
  • Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa dalam gua Kota Gelanggi.

 

  3

4  Gua Gelanggi Jerantut