mcmc
Maklumat NADI

MAKLUMAT PUSAT INTERNET

          NADI di bawah Bajet 2013  merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet  jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat  terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat  (Universal Service Provision)  selama 3 tahun.Pelaksanaan adalah  secara berperingkat mulai tahun 2013.

Pemilihan lokasi Pusat Internet adalah berdasarkan kepada tinjauan  dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan  kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.Perlantikan  pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan Pusat Internet adalah melalui proses tender  terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia  (AKM 1998).

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar  berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan  IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak,  program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang  akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.Pengguna digalakkan untuk mendaftar  sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan  dan perkhidmatan yang disediakan.Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program  latihan yang disediakan.

Setiap  penggunaan komputer Pusat Internet adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus  bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen  kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.