| Tarikh : | 21 April 2018 |
|
Masa : |
7.30 Pagi hingga 1.00 Tengah hari |
| Lokasi : | Pi1m Kg Jerantut Feri |
| Peserta : | 80 Orang |
Tujuan
Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan hari terbuka bersama komuniti bertempat di pusat internet 1 Malaysia kg Jerantut Feri. Program ini merupakan gabungan 4 Pusat Internet iaitu Pi1m Kg Jerantut Feri, Pi1m Batu Embun, Pi1m Bukit Dinging dan Pi1m Damak. Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan pi1m kepada masyarakat dan mengeratkan hubungan dia antara petugas pi1m dan masayarakat kawasan lain.Program ini juga turut mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada orang ramai.
Aktiviti
Dalam program ini orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli pusat internet secara percuma, pada permulaan program diadakan senamrobik dan seterusnya pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan, menjawab soalan kuiz, sukanneka,pertunjukan masakan kesihatan oleh KEMAS, pertandingan gubahan dan masakan, taklimat usahawan dan acara cabutan bertuah.Bagi pengguna yang menginstall applikasi dashboard komuniti akan diberikan hadiah t-shirt dashboard komuniti. Program ini telah dirasmikan oleh ADO Jerantut.